Warga Tumpah Ruah di Open House di Istana Negara Malaysia
"Ini kali pertama saya datang ke Istana Negara. Perasaan sungguh bahagia dan senang tak terkira dapat bertemu Seri Paduka berdua dengan dekat
Penulis: Srihandriatmo Malau
Editor: Choirul Arifin
TRIBUNNEWS.COM, KUALA LUMPUR- Lebih 20.000 warga termasuk wisatawan asing mendatangi open house Lebaran yang digelar oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dan Raja Permasuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di Istana Negara Malaysia, Rabu (6/7/2016).
Warga mulai membanjiri perkarangan Istana Negara sejak pukul 9 pagi walaupun open house sendiri baru dimulai pada pukul 10.00.
Para warga yang hadir berebutan dapat bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong ke-XIV Malaysia yang turut berkenan membagikan duit hari raya kepada anak-anak dan bungkusan kue raya kepada hadirin.
Seorang warga, Gracye Gloria Raman, 78, berkata guna menghadiri open house dirinya dan keluarga berangkat dari Melaka sejak subuh.
"Ini kali pertama saya datang ke Istana Negara. Perasaan sungguh bahagia dan senang tak terkira dapat bertemu Seri Paduka berdua dengan dekat," katanya kepada Bernama.
Selain itu Razali Zainal, 35, dari Klang Lama yang datang bersama keluarga, berkata ingin merasakan pengalaman menghadiri open house bersama Seri Paduka dan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
"Saya memutuskan menangguhkan rencana pulang ke kampung di Perak demi menghadiri ini. Ternyata tepat kerana ini merupakan pengalaman yang bermakna buat kami semua. Di sinilah dapat bertemu dan berkenalan dengan orang ramai," katanya.
Bagi seorang warga Amerika Serikat, Rebecca Schectman, suka dengan hidangan yang disajikan dalam open house, terutamanya lemang.
"Open House ini sungguh indah. Saya senang bisa melihat dan merasakan atmosfer semua orang menyambut Hari Raya," katanya yang tiba di Malaysia pada minggu ini.
Selain itu pelancong dari Jerman Heiko Kaiser, 23, berkata beliau berasa bertuah kerana berpeluang merasai kemeriahan hari raya di negara ini.
Sumber: Bernama
Kirim Komentar
Isi komentar sepenuhnya adalah tanggung jawab pengguna dan diatur dalam UU ITE.