Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain.
4. Anak Mama (Manja)
Lelaki yang manja bukanlah laki-laki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara mandiri tanpa merujuk kepada ibunya.
5. Lelaki yang Sangat Jauh Lebih Tua
Engkau berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan?
Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu s3ksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam.
Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah?
6. Lelaki yang Sombong dan Senang Membanggakan Diri
Orang yang memiliki mentalitas seperti ini tidak mengenal perasaan cinta.
Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu.
7. Workaholic (Gila Kerja)
Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja.
Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain.
Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial.