Isteri tak ubahnya seperti perkakas rumah tangga.
Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin.
Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah s3ksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang lezat.
8. Menderhaka Kepada Orang Tua
Lelaki yang seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan.
Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain.
Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu?
9. Lelaki yang Lembut
Orang ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan pikirannya lebih menyerupai wanita.
Dia tidak dapat diandalkan dalam kehidupan dan tidak memiliki kesiapan untuk memikul tanggung jawab.
Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang.
Semoga Allah tidak memperbanyak jumlah mereka lagi.
10. Lelaki yang Kedekut
Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersifat kedekut, belia bersabda,